Sunday, June 19, 2011

rancangan pengajaran muzik tahun 1

Rancangan Pengajaran
Pendidikan Muzik Tahun 1
Aspek   : 1. Persepsi Estetik
               2. Pengalaman Muzik

Item      :  1.3 Ekspresi
                 1.3.2 Mud riang
                  2.2 Pengalaman Muzik
                  2.2.1 Menyanyi -  Ekspresi

Kemahiran kia2m :  4.4. Membina dan menulis ayat tunggal.

Hasil pembelajaran  :
1. Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang diperdengar.
2. Menyanyikan lagu dengan betul mengikut ekspresi. 
 3. Membina dan menulis ayat tunggal yang mudah.

Objektif      : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
 1.Menyanyikan lagu yang mempunyai  mud yang riang.
 2.Memberi respon melalui gerakan terhadap mud riang.
 3.Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan dan intonasi yang betul.
 4.Menyusun perkataan menjadi ayat tunggal.

Pengetahuan Sedia Ada :
1.Murid pernah mendapat pendedahan mengenai ekpresi dalam pelajaran yang lalu.
2.Murid mengenal huruf dan mengeja serta membaca perkataan.
3.Murid pernah mendengar lagu ‘Bertemu dan Berpisah’ serta lagu “Selamat Hari Jadi”

Bahan Bantu Mengajar :
Pita rakaman , Kibod , Kad Imbasan Perkataan dan Kad Imbasan Ayat.

Nilai murni : Kerjasama
                      Memberi perhatian
                      Menghargai

Set Induksi



1.Murid menyanyikan lagu mud riang dan mud sedih
Contoh:
Mud riang: lagu Selamat Hari Jadi
Mud sedih: lagu Berjumpa dan Berpisah
2.Guru memberi penerangan mengenai perbezaan mud dalam dua buah lagu tersebut.






Media  pengajaran
Kibod
Carta lagu
















Langkah 1



1.Guru memperdengarkan lagu “ Bapaku Pulang .”
2.Guru menunjukkan beberapa keping baris kad ayat lirik lagu baris demi baris
Contoh:

Bapaku Pulang

B A P A K U  P U L A N G  D A R I  K O T A

 B A P A K U  B E L I K A N  K E R E T A

K E R E T A  K E C I L  W A R N A  M E R A H

BOLEHK U  B A W A   K E   S E K O L A H

P O N P O N P O N P O N P O N P O N P O N P O N P O N

K E R E T A  K E C I LK U  B E R B U N Y I

M A R I L A H  A D I K  M A R I  N A I K

B O L E H  K U B A W A  J U M P A  N E N E K

3.Murid membaca ayat tersebut dan meneliti ejaannya
4.Murid menyanyikan lagu Bapaku Pulang baris demi baris dengan ekspresi yang betul dengan bimbingan guru



Rakaman lagu
Carta lagu
Kad Imbasan Ayat







































Langkah 2



1.Guru membimbing murid membuat gerakan mengikut lirik lagu baris demi baris - mud riang
Contoh:
Pon,Pon,Pon,Pon,.........
(murid membuat gerakan bebas setempat mengikut lirik lagu)










Rakaman lagu







Langkah 3



1.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil.Setiap kumpulan akan diberikan kad kad perkataan mengikut lirik lagu
2.Murid menyusun kad kad perkataan tersebut supaya menjadi ayat tunggal yang bermakna




Langkah 4






1.Murid diberi lembaran kerja aktiviti menyusun perkataan menjadi ayat tunggal












Penutup



Murid membuat gerakan bebas untuk lagu Bapaku Pulang dan menyatakan perasaan mereka selepas aktiviti tersebut.
Contoh:
Perasaan gembira











No comments:

Post a Comment